Ceria Membaca & Fun Reading

Mereka yang bermula awal, akan sentiasa di hadapan

Pelajaran 5: Gabungan bunyi a,i,u dengan m

Kita telah mengetahui bagaimana bunyi-bunyi asas /a/.../i/...dan /u/.
Melalui
kaedah fonemik, di dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabungkan dan boleh dipisahkan.

Kali ini kita akan mengabungkan satu bunyi huruf yang baru iaitu /m/ dengan /a/ /i/ dan /u/.



Kak Ungku mulakan dengan bunyi huruf /m/ kerana ianya mudah untuk anak-anak mengingatinya dan menggabungkan bunyi /m/ dengan bunyi /a/, /i/ dan /u/.


Biar anak-anak dengar dulu kita bunyikan
/m/...mmmmm. Tunjukkan pada bunyi /m/ dan kemudian suruh pula anak membunyikannya.


Contoh bunyi /m/:
Tekankan bunyi /m/ mmmmmm dalam mata.
Tekankan bunyi /m/ mmmm dalammuka.


Kemudian tanya kepada anak:
Apakah bunyi awalan dalam mmm..mata dan mmm..muka?
Anak jawab: /m/ mmm
Gabungan bunyi /m/ dan /a/.
Tunjukkan pada huruf m dan bunyikan /m/mmm
Kemudian tunjukkan pada huruf a dan bunyikan /a/ aaaa dengan membuka luas mulut kita.


Biar anak faham apabila kita gabungkan bunyi /m/ dan /a/ bunyinya adalah /ma/
/m/ + /a/ = /ma/ .......................... m a = ma


Gabungan bunyi /m/ dan /i/.
Tunjukkan pada huruf m dan bunyikan /m/mmm
Kemudian tunjukkan pada huruf i dan bunyikan /i/ iiii dengan senyum atau tersengih.


Biar anak faham apabila kita gabungkan bunyi /m/ dan /i/ bunyinya adalah /mi/
/m/ + /i/ = /mi/ .......................... m i = mi

Gabungan bunyi /m/ dan /u/.
Tunjukkan pada huruf m dan bunyikan /m/mmm
Kemudian tunjukkan pada huruf i dan bunyikan /u/ uuu dengan memuncungkan bibir kita.


Biar anak faham apabila kita gabungkan bunyi /m/ dan /u/ bunyinya adalah /mu/
/m/ + /u/ = /mu/ .......................... m u = mu

Bunyikan gabungan /m/ /a/ adalah /ma/
Tanyakan kepada anak: /m/ /a/ bunyinya apa?
Anak jawab : /ma/

Bunyikan gabungan /m/ /i/ adalah /mi/
Tanyakan kepada anak: /m/ /i/ bunyinya apa?
Anak jawab : /mi/

Bunyikan gabungan /m/ /u/ adalah /mu/
Tanyakan kepada anak: /m/ /u/ bunyinya apa?
Anak jawab : /mu/

Sekarang terus tunjuk pada bunyi ma......mi......mu.
Tunjuk berulang kali dan tidak semestinya mengikut susunan.
Sehingga anak memahami bahawa bila gabungan bunyi /m/ + /a/ adalah /ma/, /m/ + /i//mi/ dan /m/ + /u/ adalah /mu/.


Mengajar anak membaca:

  1. Kalau boleh mulakan pembelajaran dengan ayat penerang hati.
  2. Mengajar anak membaca dengan penuh kasih sayang dan sabar.
  3. Suasana tempat belajar mestilah selesa, tidak panas (keadaan panas akan merimaskan anak-anak) dan berangin.
  4. Jauh dari bunyi-bunyi yang menganggu tumpuan anak, seperti TV dan radio.
  5. Mengajar jangan terlalu lama bagi setiap sesi....lebih kurang 10 minit sahaja.
  6. Sekiranya anak-anak menunjukkan tanda kebosanan, berhenti dan jangan dipaksa.
  7. Waktu mengajar yang selesa untuk anak adalah sebelah pagi dan petang. Sekurang-kurangnya anak-anak belajar membaca lebih kurang 20 minit sehari.
  8. Pastikan anak-anak tidak letih (seperti selepas bermain) dan tidak terlalu kenyang.
  9. Selalu berikan pujian setiap kali anak dapat membunyikan dengan baik.
  10. Sekiranya menggunakan buku Bacalah Anakku atau Cepat Baca, setiap kali anak-anak berjaya mengenali bunyi-bunyi tersebut, tampalah stickers yang disukai oleh anak.


Contoh: Kak Ungku suka lekatkan stickers Hello Kitty (bagi pelajar perempuan). Tandakan dengan OK dan senyuman. Anak-anak pasti akan gembira dan bersemangat.

0 comments:



Stick-it notes

About Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
I was born on March 14, 1966. My nickname is Betty and for this blog just call me Kak Ungku Betty. A former senior corporate officer and now running my own education centre, specialising in early reading using phonemic and phonic techniques. Happily married to my handsome soulmate named Mohamed.
Powered By Blogger

About this blog



This blog will share my knowledge and experiences on how to teach children (from the age of 4 years old) to read using phonemic and phonics techniques. These two techniques in my opinion are also the basis for learning an alphabetic writing system. It's true from my experience, children who have poor developed phonemic awareness and phonics are likely to become poor readers.

Also in this blog we will share activities on how to stimulate children to get ready for reading and writing as well. Keep on reading this blog for more information.

Ceria Membaca & Fun Reading.
Thank you.



Kak Ungku Betty

Followers

Betty's Quick Search