Kak Ungku mulakan dengan cara mengajar membaca di dalam BAHASA MELAYU dahulu. Sebelum kita mula untuk mengajar anak-anak kita membaca, kita sendiri mesti mengetahui menguasai bunyi-bunyi asas setiap huruf dari A - Z dengan baik.
Bunyi huruf ialah bunyi yang dikeluarkan pada pangkal huruf.
Contoh: /a/ seperti dalam api
Melalui pengalaman Kak Ungku, anak-anak tidak semestinya mengetahui abjad A - Z untuk belajar membaca menggunakan kaedah fonemik dan fonik ini. Mereka hanya diperkenalkan kepada bunyi asas huruf-huruf ini sahaja dahulu.
Bunyi-bunyi asas kita gunakan tanda / /:
a = /a/ aaa
b = /b/ beh
c = /c/ ceh
d = /d/ deh
e = /e/ eh
Ada 2 bunyi:
eh (pepet - seperti dalam emak)
eh (taling - seperti dalam eja)
f = /f/ feh
g = /g/ geh
h = /h/ heh
i = /i/ iii
j = /j/ jeh
k = /k/ keh
l = /l/ el
(bunyikan dengan lidah mencecah ke lelangit)
m = /m/ mm
(bunyikan seperti menyebut mmmmm...sedapnya)
n = /n/ nn
(bunyikan seolah-olah membawa kereta nnnnnnnnn.....)
o = /o/ oh
p = /p/ peh
q = /q/ qeh
r = /r/ rrr
(bunyikan seperti anjing sedang marah rrrrrrr.....)
s = /s/ sss
(bunyikan seperti ular sssssssssss.....)
t = /t/ teh
(bunyikan sepeti tembakan mesingun ttttttt....)
u = /u/ uu
(bunyikan seperti menyebut u dalam ular )
v = /v/ veh
w = /w/ weh
x = /x/ tidak berubah bunyinya
y = /y/ yeh
z = /z/ zeh ataupun boleh dibunyikan dengan zzzzzz
(seperti bunyi dengung lebah)
Diagraf
ng = /ng/ eng (tekankan bunyi akhir dalam pulang)
ny = /ny/ nyeh
sy = /sy/ syhh
kh = /kh/ kheh
Diftong (gabungan bunyi a, i, u)
au.... ai .... ia.... iu..... ua.... ui ....oi
Bunyi-bunyi Asas Huruf
Posted by
Kak Ungku Betty
at
Friday, August 14, 2009
Labels: Bunyi Asas Huruf
0 comments:
Post a Comment