Ceria Membaca & Fun Reading

Mereka yang bermula awal, akan sentiasa di hadapan

Pelajaran 7: Gabungan bunyi a, i, u dengan s


Pastikan anak mengenal dan mahir dengan bunyi-bunyi asas
/a/.../i/...dan /u/.

Kali ini kita akan perkenalkan pula satu lagi bunyi huruf yang baru iaitu /s/ dan digabungkan dengan bunyi asas ..../a/ /i/ dan /u/.



Biar anak dengar dulu kita bunyikan /s/...sssss.
Tunjukkan pada bunyi
/s/ di bawah dan kemudian suruh pula anak membunyikannya.

Berikan contoh lain bagaimana menyebut bunyi /s/ seperti dalam:
  • Tekankan bunyi /s/ sssss dalam ssss...sudu
  • Tekankan bunyi /s/ sssss dalam ssss...susu

Kemudian tanya kepada anak:
Apakah bunyi awalan dalam ssss..sudu dan ssss..susu?
Anak jawab: bunyi /s/ ssss





Kaedah fonemik - di dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabungkan dan boleh dipisahkan.


Sekiranya anak telah mahir dan mengenal bunyi
/ma/, /mi/ dan /mu/, maka anak tidak akan mempunyai masalah untuk menggabungkan bunyi /sa/, /si/ dan /su/.
  • Tunjukkan kepada anak bahawa bunyi /s/ dan /a/ = /sa/ (nganga mulut besar)
  • Tunjukkan kepada anak bahawa bunyi /s/ dan /i/ = /si/ (senyum)
  • Tunjukkan kepada anak bahawa bunyi /s/ dan /u/ = /su/ (muncungkan mulut)


Cuba baca dengan anak.
Berikan pujian kepada anak sekiranya dia berjaya mengenal bunyi /sa/, /si/ dan /su/.




Ceria Membaca & Fun Reading



Pelajaran 6 : Aktiviti Pengukuhan /m/.../a/.../i/../u/

Kita perlu memahirkan anak-anak dengan gabungan bunyi-bunyi :




Cuba suruh anak membunyikan gabungan bunyi- bunyi /m/, /a/, /i/ dan /u/.
Biar anak tunjuk dengan jari kelingking bunyi-bunyi /ma/=ma, /mi/=mi, dan /mu/=mu.













Kaedah Fonik adalah di mana sesuatu perkataan itu boleh dipisahkan kepada bunyi-bunyi yang lebih kecil.

Contoh:
perkataan mata adalah terdiri daripada bunyi-bunyi huruf yang boleh dipisahkan kepada bunyi yang lebih kecil:

mata = /m/..../a/..../t/..../a/

perkataan mata juga terdiri daripada gabungan bunyi-bunyi huruf:

mata = /ma/.../ta/





Cuba suruh anak membunyikan perkataan berikut:

  • /u/.../mi/ = umi
  • /a/.../mi/ = ami
  • /ma/.../mi/ = mami
  • /mi/.../mi/ =mimi
  • /ma/.../ma/ = mama























    Ceria Membaca & Fun Reading





Stick-it notes

About Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
I was born on March 14, 1966. My nickname is Betty and for this blog just call me Kak Ungku Betty. A former senior corporate officer and now running my own education centre, specialising in early reading using phonemic and phonic techniques. Happily married to my handsome soulmate named Mohamed.
Powered By Blogger

About this blog



This blog will share my knowledge and experiences on how to teach children (from the age of 4 years old) to read using phonemic and phonics techniques. These two techniques in my opinion are also the basis for learning an alphabetic writing system. It's true from my experience, children who have poor developed phonemic awareness and phonics are likely to become poor readers.

Also in this blog we will share activities on how to stimulate children to get ready for reading and writing as well. Keep on reading this blog for more information.

Ceria Membaca & Fun Reading.
Thank you.



Kak Ungku Betty

Followers

Betty's Quick Search