Untuk aktiviti pengukuhan cuba tunjukkan pada bunyi a, i dan u.
Ulang balik bagaimana hendak membunyikan setiap satu huruf itu.
Contoh seperti di bawah:
- Buka mulut besar bunyinya /a/ aaaa
- Senyum bunyinya /i/ iiii
- Muncungkan mulut bunyinya /u/ uuu
Kemudian biar anak tunjuk dengan jari kelingking bunyi-bunyi huruf di atas.
Berulang-ulang kali, sehingga anak itu betul-betul mengenal setiap bunyi huruf itu dan bukannya menghafal bunyi-bunyi huruf tersebut.
Boleh juga menggunakan kad imbasan untuk aktiviti pengukuhan ini.
Sekiranya ibubapa membeli set buku CEPAT BACA atau BACALAH ANAKKU ianya disertakan sekali dengan kad imbasan.
Tunjukkan berulang kali sehingga anak-anak boleh mengenali kesemua bunyi-bunyi huruf a, i, u tersebut.
0 comments:
Post a Comment