Pastikan anak mengenal dan mahir dengan bunyi-bunyi asas /a/.../i/...dan /u/.
Kali ini kita akan perkenalkan pula satu lagi bunyi huruf yang baru iaitu /s/ dan digabungkan dengan bunyi asas ..../a/ /i/ dan /u/.
Biar anak dengar dulu kita bunyikan /s/...sssss.
Tunjukkan pada bunyi /s/ di bawah dan kemudian suruh pula anak membunyikannya.
Berikan contoh lain bagaimana menyebut bunyi /s/ seperti dalam:
- Tekankan bunyi /s/ sssss dalam ssss...sudu
- Tekankan bunyi /s/ sssss dalam ssss...susu
Kemudian tanya kepada anak:
Apakah bunyi awalan dalam ssss..sudu dan ssss..susu?
Anak jawab: bunyi /s/ ssss
Kaedah fonemik - di dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabungkan dan boleh dipisahkan.
Sekiranya anak telah mahir dan mengenal bunyi /ma/, /mi/ dan /mu/, maka anak tidak akan mempunyai masalah untuk menggabungkan bunyi /sa/, /si/ dan /su/.
- Tunjukkan kepada anak bahawa bunyi /s/ dan /a/ = /sa/ (nganga mulut besar)
- Tunjukkan kepada anak bahawa bunyi /s/ dan /i/ = /si/ (senyum)
- Tunjukkan kepada anak bahawa bunyi /s/ dan /u/ = /su/ (muncungkan mulut)
Cuba baca dengan anak.
Berikan pujian kepada anak sekiranya dia berjaya mengenal bunyi /sa/, /si/ dan /su/.
Ceria Membaca & Fun Reading