Ceria Membaca & Fun Reading

Mereka yang bermula awal, akan sentiasa di hadapan

Selamat Datang & Welcome to All Visitors




Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan idea kepada Kak Ungku untuk melancarkan satu lagi blog " Ceria Membaca & Fun Reading". Blog ini akan lebih memfokuskan tentang kaedah baru untuk melatih kanak-kanak membaca secara mudah, cepat dan berkesan samada di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Kaedah baru yang akan Kak Ungku perkenalkan adalah Kesedaran Fonemik dan Fonik (Phonemic awareness and Phonics).

Kak Ungku telah mula mengajar anak-anak kecil seawal 3-4 tahun membaca menggunakan dua teknik ini sejak 2006. Untuk cepat membaca anak-anak ini perlu ada
kesedaran fonemik (phonemic awareness) iaitu mereka mempelajari di dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabung dan dipisahkan. Manakala fonik (phonic) pula ialah kaitan antara bentuk dan bunyi huruf serta kemahiran untuk menggabungkan bunyi-bunyi huruf ini untuk membentuk sukukata, perkataan dan seterusnya ayat. Kak Ungku akan terangkan lebih lanjut di dalam post yang seterusnya.


Dengan pengalaman Kak Ungku mengajar membaca kepada anak-anak yang normal IQ atau bermasalah pembelajaran dengan menggunakan dua kaedah ini, telah terbukti amat berkesan. Anak-anak didik Kak Ungku boleh membaca dengan cepat dalam masa yang singkat. Selain daripada itu mereka juga mempunyai kemahiran untuk menulis dengan baik. Kak Ungku amat berbesar hati untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang berminat.


Selain daripada itu, melalui blog ini juga insyaAllah Kak Ungku berharap dapat berkongsi bagaimana untuk meningkatkan semangat, pengetahuan, kemahiran, kreativiti, aktiviti-aktiviti pengukuhan dan teknik pengajaran berkesan yang boleh diaplikasikan untuk memudahkan anak-anak atau pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan cepat dan mudah.

Jadikan membaca aktiviti yang ceria dan menyeronokkan.


" Ceria Membaca & Fun Reading".


Salam ceria,
Kak Ungku Betty






0 comments:



Stick-it notes

About Me

My photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
I was born on March 14, 1966. My nickname is Betty and for this blog just call me Kak Ungku Betty. A former senior corporate officer and now running my own education centre, specialising in early reading using phonemic and phonic techniques. Happily married to my handsome soulmate named Mohamed.
Powered By Blogger

About this blog



This blog will share my knowledge and experiences on how to teach children (from the age of 4 years old) to read using phonemic and phonics techniques. These two techniques in my opinion are also the basis for learning an alphabetic writing system. It's true from my experience, children who have poor developed phonemic awareness and phonics are likely to become poor readers.

Also in this blog we will share activities on how to stimulate children to get ready for reading and writing as well. Keep on reading this blog for more information.

Ceria Membaca & Fun Reading.
Thank you.



Kak Ungku Betty

Followers

Betty's Quick Search